Friday, 22 November 2013

Online Shopping

Bukan semua orang berani nak beli barang online. Mesti rasa ragu-ragu yang lebih. Risau barang tak sampai! Barang tak berkualiti, tak macam yang kita harapkan(nak kaler coklat dapat kaler biru) hurmmm so korang macam mana??

Aku? AKu boleh dikatakan beli barang online once per month. tapi bulan ni macam 3 kali je.... hurmmm seminggu lepas aku beli tudung!  3 jam lepas aku beli barang jugak. 30 minit lepas aku beli Voucher! hah! korang penah beli voucher online??
tak biase kan. actually sejak aku intern kat Petronas ni, aku dapat pulak sorang kawan yang memperkenalkan aku dengan website ni! memang silap besar lah! =_=;
akhirnya telah aku terjebak. hahahah

COntoh Voucher yang aku beli ialah voucher makanan bawah ni, macam sedap je. ari tu aku gi Mines aku nampak benda ni. so aku teringin gila. bila tgk voucher ni, terus aku beli hahahah RM19, so isave about RM20. hurmmm. aku x reedem lagi. baru beli tadi


antara website yang ade voucher alah macam ni Groupon , Hulala , MyDeal (clikc la kalau nak tengok) yang 3 ni je la yang aku selalu shopping. Setakat ni tak de menipu lagi la. Agak teruja jugak la bila shopping and you will keep on scrolling on the page sampai lupa diri. ishk..ishk... bahaya tu! barang elektronik mesti tak berani beli online kan? because ianya melibatkan duit yang banyak. kalau rosak mencarut la anda~~

tapi kalau beli tudung???
ahahah

yey
Tudung Numa Collection dah sampai...

paling vavi sekali
pagi tadi aku pakai kaler purple masam tu
dan dah koyak

arggghhhhhhh
tu la lain kali usha dulu level kepanasan iron!
Mother father gentlemen betul lah!!!!!!
menjerit aku
nasib boleh cover dan still boleh dipakai

No comments: