Friday, 16 December 2022

Akhirnya berjaya mendaki Gunung Kinabalu!

 Hye 2022?
Whats good? im back and going to write down few my fav journey throughout the year. I am going to share journey climbing the highest mountain in Malaysia! what did u say? yes I did it! I told you I don't believe either hahahah so marilah kita mulakan penceritaan pengalaman pendakian aku sebelum masuk tahun baru dan aku lupa

21 September 2022, Wednesday

Flight paling awal untuk dapat harga paling murah, and aku beli tiket ni awal rasanya bulan May. untung la aku ada credit refund, actually harga tiket RM 160 xsilap aku and aku just tambah RM77.47. korang tau je la lepas Covid 19 harga tiket boleh tahan especially in 2021-2022 Malaysian ramai keluar masuk airport sekarang nak fly bercuti tak kira dalam Malaysia atau luar negara. So aku dah jimat la sikit duit flight.

Sampai je dekat Kota Kinabalu kami divide team, 5 orang dalam 1 kereta Bezza, sarat-sedat-padat kereta kiteorang. Seharian explore Sabah area Kota Kinabalu -> Kundasang  banyak pit stop. Jadual padat tapi best banyak tempat kami cover dalam satu hari.


22 September 2022, Thursday

Hari pendakian. 5am dah kene bersiap2. Breakfast. bergambar. dengar briefing dari guide. Timbang beg nak kasi potter, sewa tongkat, bergambar lagi sambil tunggu turn kami naik van untuk ke pintu gerbang 

SO parking kereta dekat Kinabalu Park untuk 1 malam. lepas tu kemain kiteorang buat streatching buat video nak masuk tik tok lah... tapi x pos pon hahahah buat kenangan je lah. Kami siap matching baju warna kuning. senang nak nampak dalam hutan. Thank Fim sebab berjaya settle kan urusan baju last minute.

serius lama betul gap masa tu, dari 5 am sampai 8:15am baru dapat naik van tu tau tak. Akhirnya 9am dekat pintu gerbang "Selamat Mendaki" jalan depan sikit dengar Briefing lagi dari guide. dengar pantang larang dia warning siap-siap tentang kejadian gempa bumi yang pernah meragut banyak nyawa dikaitkan dengan aktiviti pendaki yang dikatakan tidak menghormati kawasan ni. (memang pon, biadap)

Berdasarkan gambar ni aku check balik timing , 08:30... time ni Aku acah2 update parents cakap "nak mula mendaki ni, doakan la ye, nanti tak de line" walhal elok je ada line sepanjang pendakian. so korang tak payah risau. just risau bateri phone je la hahah.

09:00 AM : Pendakian dimulakan. 2km pertama ok smooth je. Ada pondok rehat pon aku tak berhenti. layan je.Sambil2 berhenti amik gamba. awal2 ni jalan ada la member sekali. SO kau amik gambar aku, then aku amik gamba ko pulak... gitew exchange.
posing penting ye, port ni lawa, tapi macam seram sikit. kiri kanan tu gaung je aku intai. tak berani nk  intai lebih-lebih.
sambil mendaki ni ko akan terserempak dengan ramai orang turun juga para potter. Lepas tu jumpa la dia ni yang asik lalu kat FYP aku, so amik la gamba bua ghaso- ghaso~ muda la dak nya. Kuat angkut barang turun naik gunung relek je.
12:07 baru dekat 3.5km, dah mula slow. tak pe kita amik gamba dulu penting. 30 minit lepas tu aku stop lunch makan mee goreng yang aku beli untuk breakfast. sebenarnya tak lalu nak makan beria sangat pon. sekadar buat syarat alas perut. riso kolo tak makan buatnya aku pengsan siapa pulak nak usung aku yang berat ni. aku rasa start je dekat 4km tu dah start mental. Kaki mula gerak slow. macam dalam hati mula berzikir gitew. lepas tu tanya diri sendiri "APa yang ko nak bersusah payah mendaki ni?" menyesal ke? ahahah. penat pon layan je. tiber hujan. so keluarkan la baju hujan yang boleh tahan berat. aku beli kat DIY. function terokkkk. siap bawak balik KL pakai guna bila naik moto.

5km - 2:29PM - ceria pula selfie. dalam hati dah nk giveup dah. Sejuk, hujan, kasut Basah, tapi aku gembira jalan slow je view at this poin memang cantik. rugi aku rasa jalan laju-laju.

Yey sampai Panalaban jam 3:20PM, SYukur alhamdulilah. tak sabar nak mandi tukar baju. walaupon air sejuk macam mandi ais, aku tak kira nak mandi jugak. SEJUKKKKKK tapi segar terus lepas tu. lepas makan terus pegi dining area sebab ada cut off time untuk makan. lepas tu settle semua 8 PM kami digalakkan untuk tido. sebab 12:30 kene bangun and 2:00pagi dah kene ready!!!!! Aku geram betul sebab macam tidur-tidur ayam je sebab terlampau sejuk aku terjaga few times. aku syak aku tido dlm 2 jam je. maybe excited sangat.

bersambung...


No comments: