Day 7 : 24 April 2015 ( Friday )
Seawal jam 8.00 pagi, selepas bersarapan di bilik Hotel Comfort (makan roti je) kami keluar untuk jalan-jalan, survey barang nak buat souvenir bawak balik Malaysia. Ye la , kau jangan main redah je shopping kene buat perbandingan. Menawar sebaik mungkin atau kau terpaksa budget comel/manja demi dapat discount (orang Korea panggi Ageo =_=) ahahah. Kami bersiar-siar area Thamel saje, lagipon nak check-out hotel jam 12.00 pm.
Yay! rambang mata tau. semua cantik-cantik. harga kau tak payah risau, memang mahal. So, kene pikir banyak kali berbaloi atau tidak. barang kulit pon cantik! aku dah terbeli satu purse yang material sama macam yang aku pegang tu, 1800 Rupee (gila mahal) aku pujuk brother Nepal tu. aku nak 1k je. aku xde la nak beli sangat-sangat, tapi dah semakin teruja untuk test power menawar. Last Price dia kasi aku 1200 Rupee. Aku masih tak mahu mengalah, maka aku amik satu purse kecik yg bukan leather, aku mintak free. YEZZZZ dapat! hahahah
Masa kami dok shopping-shopping tu, berselisih la dengan geng bertudung! wow, aku Mut dan Raudah jadi teruja setiap kali jumpa orang Malaysia. So geng tu pon pandang-pandang, apa lagi bertegur la "Malaysia????" hah! hambik kau terus sembang jadi kawan!
The power of Malaysian!
Terus ajak makan sama-sama. kebetulan kami memang tak jejak langsung kedai makan halal dekat Thamel ni. ceruk-ceruk hujung jalan kot. Penat kami memusing! akhirnya Geng Wanita yang nak Panjat Annapura Base Camp, gigih sungguh. jeles aku!
Makan Breakfast + Lunch di Al-Madina Halal Foods.
Harga macam korang makan mamak kat Malaysia. So boleh tahan la. Masa kami sampai nasi x masak lagi, so order roti2 Nan, kebab, tandori~~ selepas kenyang kami balik la Hotel sebab nak dekat jam 12.00pm
Sebelum tu, sempat lagi kami menyiggah beli T-Shirt, mula2 survey harga je. SO beli la 2 dulu. aku beli untuk aku and adik aku. kolo murah aku budget nak beli on out last day in Nepal. T-Shirt ni 450 Rupee, kira-kira RM 23 =)
Jahit special di Nepal ok! kau boleh berlagak pakai kat Malaysia
Jam 12 pm, kami berjalan kaki dengan Mr Raju, dia sangatlah bayang2 kami dekat Nepal. Masa earthquake pon boleh bertembung dengan dia dalam ribuan orang. Nak pergi Pokhara pon beli tiket dengan dia. Tiket Pergi Nagakort 600 Rupee untuk pergi balik. sangat berbaloi kalau nak banding kau amik Teksi. Teksi harga 5500 Rupee pergi balik. gila berapa kali ganda tu kan? Most of tours company situ akan suggest korang naik Teksi. Tapi Mut ade wat research boleh naik Tourist Bus or Local Bus. Local Bus korang kene himpit gila-gila punya, lepas tu berhenti banyak kali. Tourist Bu, direct and xde pick up orang. so senang!!!
aku imagine kami akan naik bus, rupa-rupanya Van, so lagi lah bagus! aku tanya asal Van, dia cakap x ramai orang beli tiket.
Kami dikalangan pelancong-pelancong seluruh dunia, dari yang hidung mancung, hidung bulat, mata sepet, rambut perang, orang tua pon ramai. tak paham aku! ahahah. So kami bergerak ke Nagakort lebih kurang 1 jam setengah melalui jalan-jalan berliku dan permandangan yang cukup indah di lereng-lereng bukit. Semakin tinggi, cuaca semakin sejuk. seriously sejuk! lebih sejuk dari cameron, sebab mulut kami dah keluar asap. overseas sangat!
Setibanya di Nagarkot, kau tak pauah risau sebab korang keluar je dari van, dah ade orang Nepal tunggu dan offer korang diorang punya Hotel. Sepanjang trip ni memang kami xde booking online hotel. semuanya style terjah. Siapa yang offer kami dulu, itu yang kami pilih. soalan pertama yang kami akan tanya
"Can cook?? use ur kitchen??"
kami tak betah nak makan masakan korang. err tak lalu! mintak maaf. kami rela makan meggi seminggu!
Tadaaa, ini la rupa hotel kami, bilik yang selesa besar. 1500 Rupee untuk semalam. mula-mula dia mintak tips kalau guna dapur dia, memang tak nak la extra charge ni. penat nak nego! akhir nya dapat yakin kan diorang kami nak masak kejap je. Masalah kat Nepal ni, hotel diorang xde sediakan cerek letrik nak masak air. so aku nak bagi tips, lain kali nak gi Nepal, Mohon bawa cerek letrik! sekurang-kurangnya korang nak bancuh air 3 in 1 or masak instant noodle tak payah nak pinjam dapur bagai. Sebab kami bawak periuk Daiso Rm5 semata-mata, itulah yang kami guna untuk masak Nasi, Air, Goreng telur..... dan lain-lain =P
ada 1 queen and 1 single bed. selimut tebal. Bilik mandi luas, tapi air panas tak berfungsi! kami seperti mandi air ais kenduri kawin sekawah. jadi macam sia-sia je dia sediakan tub mandi, sebab kami xde mood nak berendam dalam ais batu. Maaf, bilik sepah, excited check barang-barang yang kami shopping pagi tadi
selepas solat dan segarkan diri, kami berisap2 dalm jam 4pm gitew, untuk keluar masak. sekali gus bergambar dengan baju baru yang kami beli pagi tadi! mula lah sesi bergambar yang pantas!
permandangan memang cantik, cuma sayang hari mulai mendung. matahari pon terlindung disebalik awan. memang tipis yang ter amatlah peluang kami untuk menyaksikan matahari terbenam T-T
Confident untuk memakai hareem pants di Nepal
kalau kat Malaysia orang akan pandang kau 2 x dan kemudiannya menggambil gambar kalian secara curi-curi dan sebarkan ke " Malaysia hari ini" "Pen merah" "Abang Nara" "Kepala Hotak hang" hahahahahaha
Style Kak Ieda kita =P
Penat bergambar, kami sudah pon bersedia untuk menyediakan makan malam kami. Semua perkakas kami dah buat siap-siap memandangkan jarak bilik kami dengan dapur jauh. Paling menyedihkan wifi hanya ada sekitar restaurant hotel ni saje. memang kat bilik kami lost connection. Line pon x berapa bagus dekat area ni. Mula la aktiviti memasak, sebab aku tak mau terlalu ramai dalam dapur ni dengan warga Nepal yang ramai di dapur, maka aku hanya bermain serta berlega-legar diluar saje. ni la keadaan daput, macam-macam bau ada!!!
Alhamdullilah! dapat jugak masak, dekat Hotel comfort x sempat nak guna dapur sebab diorang nak tips kalau kami guna dapur mereka
Tada~~~~~ meggi 5 packet untuk 3 orang makan! OMG berselera buas sungguh. Semua pon lapar-lapar belaka. sudah la sejuk memang lapar la ceritanya. apa pon aku puas hari dengan menu kami ptg ni merangkap makan malam terus.
makan menyaksikan permandangan indah, priceless giteww
walaupon kesejukkan kami tahan jugak. sampai sejuk air milo tu
Sebelah malam nya kami ke-kenyangan, semua pon tido awal. aku je x biasa tido terlalu awal. kau bayangkan, lepas isyak diorang dua ni terus tido! comel sungguh perangai. aku pon acah-acah la edit journal aku, dah siap-siap buat header untuk hari ke-9. kira duit, makan coklat lagi sorang-sorang. keje aku ni memang asik lapar je gamaknya, nasib ade bawak energy bar =)
Day 8: The day of the Earthquake hits Nepal 2015
Kami dah deal dengan sorang Nepali ni untuk bawak kami tengok sunrise. selepas menawar dapat 1000 Rupee naik taxi ke Nagarkot Tower. Perjalanan 15 dari hotel. Memang strategic lokasi nya. full 360 view of Khatmandu from top. cantik. Seawal 4 am kami bangun untuk bersiap-siap ke sana. Jam 5 am, brother tu dah siap-siap tunggu depan hotel. Boleh plak diorang kunci pagar hotel. Jenuh kami menunggu brother recieptionist untuk buka pintu, jam 5.30 am baru kami gerak. haishhh dah rugi 30 minit.
Tapi Sayang seribu kali sayang cuaca tidak berapa baik~~ cloudy hanya nampak biasan matahari saje. matahari seketul x nampak. Its okay. kami masih bersyukur sebab dah sampai kawasan ni.
lawakan Mut? eh no! permandangan hahahahahha
cuaca and suhu dekat atas ni, Masyaallah, sejuk gila-gila x 50 = sejuk kejung
percubaan Raudah nak jadi athlete lompat kijang
sempat mintak tolong orang amik gamba kami ber-3
susah nak dapat gambar ber-3
Kedai bawah tower Nagarkot ni pon x buka lagi.
balik je dari Nagarkot Tower view, kami pon berselimut untuk panaskan diri! Sejuk bak hang. serious tak tipu. teruk beno diorang tak bukak tudung terus berselimut hahahhahaha lawak tul
aktiviti aku makan la... apa lagi
Jam 10 am bus pon dah sedia kat luar Hotel Galaxy Tower View. Kami pon mulakan kembali perjalanan ke Kathmandu untuk check in Hotel untuk stay another 1 night befor our departure on 26th April 2015.
kami hanya merancang, tapi Dia yang berkuasa menentukan segalanya... sambungan next page pleaseee ~~~~

2 comments:
macam-macm ko ni huhu
bahahahhahah..lawak giler
Post a Comment