Day 5 : 22 April 2015 Shopping~~
hari ni kami bermalasan-malasan sebab semalam masih lagi kepenatan. kami mulakan aktiviti luar kami yang pertama hari ni untuk bersiar-siar dan shopping area Lakae SIde. Semalam kami nampak public bus lalu depan area hotel kami. so, kami berdiri lah tepi jalan dengan harapan bus akan berhenti. Nak naik Taxi mahal beno. Ada la dua-tiga bus yang lalu, tapi semua bukan bus ke Lake side. Ini kawasan yang kami diami selama 4 hari di Pokhara, Dam Side Chowk!!
aku amik gamba, incase sesat, aku tunjuk la sign board ni
akhirnya kami dapat naik bus! Yey tambang hanya 15Rupee untuk seorang. dekat je, 5km dari kawasan hotel kami. Protection untuk naik kenderaan awam, kena la covered macam ni. habuk bersepah!
Lake side shopping street. macam-macam ada jual. setiap kali kami singgah mesti ade je kami nak beli. tapi bila kira-kira duit mesti kami keluar dengan kesedihan. Aku tidak kaya untuk beli semua benda tau dak. hadoi. padahal currency diorang rendah. tapi bila meniaga mark up macam hareeeem!
Fridge magnet sangat mahal bagi ku untuk negara Nepal. ko bayang kan bila aku convert ke RM sampai RM 14 satu fridge magnet. cekik darah betul kau nak markup. AKu beria-ia menawar. dapat la 1= 200RUpee. kalau tak 250rupee. aku beli dua sahaja. dengan harapan nak survey dekat Kathmandu. SIni macam mahal semacam. aku pikir 2-3x naak beli.
sedang kami seronok bersiar-siar dekat Area Lake Side, hujan turun.... lebat pulak tu. So kami decide untuk masuk satu restaurant. Al-ala bar gitew. so aku decide untuk order coke saje. Nasib ade biskut Oreo, so kami celup jilat sampai habis.
Roti sentiasa kelihatan seksi dimata ku =)
Kami ada buat sedikit research for few halal foods around Pokhara, lucklly kami jumpa "Halal Food Land" Alhamdullilah, akhirnya dapat makan nasi lauk berkuah. hehehehehe kalau tidak, nasi kering atau Meggi saje. Yang tu dumpling, kami order yang goreng and steam. DUA_DUA Sedappppp
Halal Food Land, Pokhara
Sesudah selesai menjamu selera merangkap makan malam. kami teruslah window shopping. Dan masuk kedai uncle di bawah ni. Uncle ni siap print gambar dia bersama Orlando Bloom, Orlando pernah datang singgah di kedai dia beberapa tahun lepas. Kedai uncle ni ade menjual batu permata, perhiasan. Replika tuhan diorang... macam-macam lah. sampai aku terbeli sepasang subang (Amethyst) dan cincin berbatu (Sapphire) harga bwah RM 100 duit Malasyai, dan aku ssangat berpuas hati.
muka kegembiraan dapat jewelries
Hasil tangkapan =P
Sampai tak sedar dah Maghrib, kami shopping. Lupa plak bus pon mesti dah tak ada. Makanya kami decide untuk jalan kaki pulang. ALhamdulillah masan naik bus tadi aku memang merenung ke luar jendela~~ so aku dah hapal sikit jalan. Kami pulang kira-kira 5km perjalanan. Dah macam marathon sudahhhh. Ta rasa penat pon, sebab dah dapat cincin baru hahahaha
Day 6 : Lets back to Kathmandu
Kami bangun awal macam biasa, Pagi ni kami akan bertolak ke Kathmandu by bus, Tiket berharga 650 Rupee, Bus company yang sama kami datang hari tu. Alhamdulillah, pagi ni kami dapat saksikan permandangan Himalaya depan mata. Wow, so amazing. 2-3 hari kami kat sini, cuaca x berapa nak baik, cuma hari ke 3 tetibe hujan ais, baru la kami dapat tengok himalaya!!! very nice view to see in the morning.
inilah pemandangan dalam calender yang ku cari cari~~~ yezz
Sunrise yang menyenangkan. Tenang rasanya
Kami berjalan kaki selama 12-15 minit ke tempat bus dengan beg 7-9 kg. Tough betui gadis-gadis Malaya ni! Kami ditemani oleh adik Nepal berusia 20 tahun. Kacak budaknya. baik ramah. Masa kami masak dia la dok pantau dan sembang-sembang dengan kami. Mesti la aku lupa nama dia, aku harap Mut ingat nama dia. Please mut leave comment and beritahu aku nama dia. Serious baik budaknya. Dah la kami x bagi tips sebab teman kami sampai station bus.
Selfie sikit dengan kpop versi Nepal =P
Ayuh kita bertolak!! 7 jam lagi
oh sakit bontot mannnn
Yey, kami sampai je Thamel, terus cari hotel, Kami di sapa oleh brather ni, baju belang biru (itu la baju diapakai pada hari Gempa bumi, aku maafkan dia x tukar baju) Ramah orangnya. Kami dapat bilik ni dengan harga 1000 RUpee untuk satu malam. Wifi laju. Tapi dia xkasi guna dapur, lepas kami memujuk nak guna jerang air, dia minta tipss..... so sampai ke sudah kami tak guna dapur diorang, kedekut punya pasal. bye!
Masih ber-Nego dengan facilities hotel ni, apa je kami bleh guna
Raudah dah jatuh hati ke tenung brather lama-lama!?
Selesai check in, kami siap-siap solat, dan terus keluar untuk jalan-jalan. AKu aim nak beli backpack NorthFace dengan harga terbaik. semua kedai aku masuk. End up orang lain yang shopping dekat kedai yang aku nego.
Street yang menarik untuk shopping and usha pelancong lain. kami ada la bertembung dengan few tourist dari Malaysia, sebab kami berselisih diorang sembang dalam bahasa Melayu. memang rare la orang yang paham bahasa korang bila korang travel!!!
dah maghrib... balikk.... balik
cenderahati, sempat la kami beli sikit.
dengan harapa esok nak datang lagi =(
aku acah2 tanya harga dengan harapan nak bawak balik buah tangan untuk mak. Survey harga kedai semua berbeza. kene pikir and bandingkan harga baru nak beli. SO aku decide nak beli esok heeheh. x sangka esok tragedi gempa berlaku.. sob..sob..
No comments:
Post a Comment