Showing posts with label Trip. Show all posts
Showing posts with label Trip. Show all posts

Thursday, 7 May 2015

Day 2 : 7 hours journey to Pokhara by bus

DAY 2 : 19 April 2015

Pagi ni kami akan bergerak menaiki bus ke Pokhara. Perjalanan yang mengambil masa selam 7 jam setengah (macam nak balik Kelantan dah kau) Harga 700 rupee untk seorang (Harga x tetap, kene tengok ko beli kat agensi mana, sebab diorang pon mark up amik commission). Sebab kan aku siap awal, aku rushing untuk sediakan breakfast dan sediakan bekalan untuk perjalanan kami yang bakal mengeraskan bontot kami.

 Alahaiiii tenangnya kalau dapat breakfast macam ni hari-hari, memang tak jadi kerja la kau. So pagi tu aku jerang air dalam periuk Daiso, lepastu panaskan hot dog. Sedikit tip, korang goreng la hot dog siap2 dari Malasysia yang macam aku buat ni. seriously kau boleh survive sampai hari ke 3. ini pon kami share 3 orang. aku mencatu makanan kami ber 3 hahahah. Maaf kalian, aku terpaksa demi menjaga kepentingan perut ku untuk sampai ke hari terakhir di bumi nepal.

bancuh milo and oldtown white coffee, segar terus pagi ni. Kemudian aku sedikan bekalan untuk dimakan dalam perjalanan kami, roti hot dog. Nasib aku bawak sos MCD, sedap sikit. Yang balut roti ni aku guna frankfurter ade perisa mushroom, so kenyang nya ok la untk 7 jam kami.

Kami berjalan kaki dari hotel ke kawasan Tourist Bus yang dah beratur menunggu kami, make sure korang naik bus yang betul, kang salah sia-sia je korang gaduh dengan conductor bus. Kami sampai awal. so ade la jugak menunggu hampir 1 jam sebelum Bus berlepas.

 Hambik satu Wefiee dari kami!

ini si conductor bus, dia sibuk check tiket kami. Dalam kami susun beg dekat dek belakang bus, ade la sorang minah ni, travel sorang gaya nya. Nampak kelam kabut and risau tersalah bus, and nampak kalut. So aku pon budget aku ramah, so aku pergi tegur.

"Are you travel alone" ceh aku acah-acah nak mulakan perkenalan.

"WHAT IF I'M TRAVEL ALONE, WHAT ARE GOING TO DO"

Sial, aku memang terngia-ngia ayat dia, terus aku reply." its ok if you wont talk" fak la. aku nak sembang je. dia ingat aku terorist ke &%&$##%#@% bodo pompuan tu. Terus aku tak ade nak mood nak bersembang dengan pelancong lain, yang penting pompuan tu bukan org US or UK, dia nmpk cm belah latin sana. Ade sekali perompuan tu nak bagun dari seat bus, lepas tu kepala dia terhantuk HAHHAHAHAHAHAH memang aku sengaja ketawa kuat-kuat, nak puaskan hati ku yang terluka sebentar tadi  =P

 ok, lupakan pelancong gila tadi. So kami pon memulakan perjalanan kami yang panjang ni. Kami pon breakfast dahulu. Fuh menyelerakan. Korang terliurkan!? walaupon kosong, kalau dah lapar memang tak hingat dah orang sebelah.


 Ini rupe stesen minyak nya. memang tak sama langsung konsepnya macam dekat Malaysia. Dia macam dalam shop lot, kau parking kat luar, hah, dia tarik la bende tu keluar. hurmmm susahnya nak explain. ok x pe x penting pon. Bukan kita travel nak isi minyak pon kat sini.

 Bila perjalanan kami masuk Jam yang ke 2, aku dah dapat gambaran jalan dalam filem hindustan. Wow memang seriau weih. jalan yang aku kira menakutkan. kau tengokla. dah la jalan sempit. lepastu lereng-lereng bukit. Memang seram, kalau kau jatuh memang berkecai la kat bawah sana ( on our way back to Kathmandu, ada lorry terbabas kebawah, sempat aku intai lorry tu memang berkecai. oh My..). Dalam 7 jam perjalanan ni, driver akan berhenti dalam 3 kali untuk ke toilet dah makan minum. R&R dia... hurmm kedai tepi jalan je. Tapi ok la janji ko boleh kencing, berak, makan semua. beli kudap-kudap. semuanya klasik bagi ku

Yey dah sampai. Sibuklah kami keluarkan beg yang berlambak. berebut-rebut dengan abang saleh.


Kami check in Pokhara Inn jam 2.30 pm. Hotel yang sangat selesa, wifi laju, ade dapur yang kami request nak tumpang masak. Hotel ni, Mr Raju yang suggest dia charge 1200 rupee untuk 1 malam. dia siap cakap kalau ok, kami boleh deal sendiri dengan hotel tu. Dan kami extend lagi 3 hari dapat 1000Rupee. ok lah tu.


 ini dia hotel kami, selesa untuk dihuni bersama 3 orang, 1 single 1 queen bed. Sangat selesa.

katil keras yang selesa

 Siap ada bath tub, kami xsempat nak berendam pon
guna basuh baju je.

sampai je hotel kami dah kelaparan, semua sibuk memonggah beg makanan. Ini stock kami bawa untuk beberapa hari kami di sini. excited terus bila nampak makanan.

 Ini lah permandangan dari bilik hotel kami, cukup cantik dan mendamaikan. Kau boleh nampak Himalaya dari jauh, tapi hari ni cloudy, so nampak gunung biasa je, Banyak rumah dan hotel area sini. kawasan yang kami sewa ni dekat dengan Fewa Dam. Dam Chock nama tempat ni kalau x silap aku.
 Dah nak pukul 4.00pm kami dah menggelupor kelaparan, so kami menuju ke dapur. Berkenalan dengan adik-adik muda nepal yang kerja sini. Ramah-ramah dan menyenangkan, serious kami rasa selesa dan tidak rrasa terancam. hahhahah over.

 Kami mintak kebenaran pihak hotel nak guna dapur diorang, Alhamdulillah diorang takde mintak tips or what ever. sangat bagus. Tenang kami memasak.
Mut sedang siap-siap nak memasak. Dapur nya pon ok, bersih aku rasa.

Tadaaa..... Meggi goreng! semua pon instant.

siap je meggi yang special dari Mut Mainnah, aku masak nasi pula. special beras Wangi yang Mut bawak dari dapur rumah dia hahahah. aku masak banyak, sebab malas nak masak byak kali, sgean dol kau nak turun masak guna dapur orang 2-3 kali sehari. So, kami decide masak sekali harung saje. aku masak nasi untuk makan 2 kali, untuk malam dan keesokan paginya. Wah gadis-gadis macam ni la korang kene cari kalau nak kawin (puji-puji diri sendiri dan kawan baik) hahaha.

Penuh satu pot kau masak. Bekas petak tu ade sambal ikan bilis aku bawak dari KL, Thank You Syafeeqah, dia yang bagi masa aku melawat dia kat ofis dia. ALhamdullilah, sedap sungguh bila makan dengan nasi panas. Tomato tu, Mut beli masa kami singgah dekat R&R! Macam-macam yang diorang jual kat R&R, Paling aku tak boleh blah adalah bila orang beli timun dan makan begitu saja di R&R. Aku rasa lawak entak kenapa, mungkin itu adalah sejenis snek bagi mereka untuk sejukkan badan aku fikir. haahahha sangat comel #mudahterhibur

Macam biasa, selaku ajk makanan aku akan bahagikan nasi seadilnya tanpa mengira berat badan, ketinggian mahupon apa saja. Memandangkan kedua sahabat aku ni badan je kecik, tapi selera makan lagi dasyat dari aku. Jeles betul la orang yang makan banyak tapi susah naik berat badan. ishhkkk.ishkk Sedap sungguh wei, aku rasa ini adalah makan malam kami yang tersedap dekat nepal, emosi aku makan, dengan ade Hot Dog, Serunding,Kicap & tomato yang Mut bawak. Alhamdulillah, aku gembira dengan makanan kami heheheh. So abis makan, kami simpan nasi untuk esok, then zzzzzz

Wednesday, 6 May 2015

Day 3 : Pokhara, Lake Side, Devi's Fall & Sarangkot

DAY 3 : 20 April 2015

Sarangkot
Hari ni aktiviti kami bermula seawal 5.00 am. mahu saksikan matahari terbit katanya. Lokasi yang terbaik untuk melihat sunrise tu, SARANGKOT. So, jam 4am kami dah bangun dan bersiap-siap. Subuh jam 4.17 am. Lepas solat dan bersiap kami menaiki taxi seperti di rancang. bayaran Taxi untuk beberapa lokasi berjumlah 3500 Rupee (mahal ni, tapi kami hrmm dah bayar dh pon)
 Taxi yang comel, memang x boleh naik ramai2. kami naik ber 4 termasuk pemandu saje sudah penuh. Senang nak bergerak naik kereta comel, jalan pulak sempit.

Nama Tempat Ni Sarangkot. memang femes view untuk tengok Sunrise.

Tapi Hampa... cuaca tidak berapa baik.
kami masih menanti miracle! 

gambar goyang!!!

nexttt :  cis semua senyum cantik, aku pula entah kenapa
apa lagi aku nak cakap tu

 Cuaca mulai cerah, kami x dapat lihat matahari sebiji, tapi kami tau la hari dah siang sebab biasan pancaran matahari muali terbias. wahhhh cantik juga. Subhanallah, Bumi Nepal memang kaya dengan keindahan semula jadi alam.
Hambik kau, bila Raudah terbang tinggi.
10x kami shoot, ye la bosan menunggu perfect background untuk bergambar!

Kame... hame.... HAHAHAH~~~~

Ini la yang aku cuba sampaikan, stesen minyak yang comel bagi ku. ianya berasa di dalam kedai tahu x? hahahah so funy

Devi's Fall
Kami meneruskan lawatan pagi kami ke Devi's Fall. ade air terjun yang menarik. Tapi x boleh turun bawah ambil gambar dekat-dekat.hurmm x paham kenapa, so kami hanya ber Selfie saja lah


pejam mata sudah kenapa da?!

Mut Bersama replika Mount Everest =)

PaK Cik belakang dah meluat tengok kami, mungkin =_=

Kami berjalan sekita area Davi's Fall and ada satu temple tu, tapi kami x pegi. macam xde point pula. kami gi separuh jalan je, lepas tu x berminat. Ye la kau bukannya nak pegi sembahyang situ pon, nak amik gambor je. Baik gi Dubar square =) (Mut senyuman kau lucu, nasib comel hahah)

Hati-hati melintas jalan, pemandu kenderaan di sini boleh tahan otainya. style diorang memandu ni sama macam dekat Bali, ye la diorang ni pon agama sama, perangai pon lebih kurang. Diorang memang amalkan main hon... jalan sikit bunyi hon,... kau ade 500m dari dia, dia dah hon siap-siap. Memang boleh pengsan kalau kau ada penyakit jantung

Fewa Lake (Phewa/fewa ke semua sama)
Seterusnya kami melawat, Tasik yang sangatlah cantik. wow! permandangan yang sangat cantik, berlatarbelakang kan Himalaya =) jath cinta terus!

Tumpuan utama pelancong yang datang Pokhara

Ini la masanya Monopod digunakan secara total

Nah belanja satu gambo Raudah =P
flawless gitew kulit kau (hari terakhir.. kulit tidak cantik lagi =P)

Tukang pembawa Boat, eh salah "Pendayung sampan"baru betul, dia ambilkan gamabr. selepas kami bagi upah 1500Rupee (mahal ye, ini untuk boat ada atap) kalau ku tahu, xde atap pon xpe

acah-acah berani, x pakai safety jacket

yeyyyy. kagum dengan pendayung sampan ni, gigih gagah semua ada!

sesudah penat berjalan seharian, kami pulang ke hotel dengan berpuas hatinya. tetapi perut pula lapar. Disebabkan kami x lunch lagi. Kami sediakan makan petang dlu! Meggi Telur.!!! horrey, sebut telur aku yang kecur liur. Lepas tu kami sediakn se-bekas air teh. Jug x de, tuppaware aku jadi mangsa yang baik.

Tada~ menarik kan? mengaku la korang terliur heheheh

Macam biasa, sambil makan meggi aku akan pastikan kami buat kerja 2 in one. sambil makan, sambil tu tanak nasi. Stock makan malam. Ini la rupe dapur yang kami tumpang masak. cukup menyenangkan! janji dapat masak sudah memadai! Kami bersyukur!

ini la perkakas masakan kami setiap hari hehe

Wow! skill memasak nasi aku dah semakin bagus! 10 markah please
Penutup Hari ke 3, kami makan dengan gembiranya!
cam biasa lauk yang simple, janji dapat isi perut!
kami x memilih! bersyukur 

Tuesday, 5 May 2015

Day 5-6 : Masih di Pokhara

Day 5 : 22 April 2015 Shopping~~

hari ni kami bermalasan-malasan sebab semalam masih lagi kepenatan. kami mulakan aktiviti luar kami yang pertama hari ni untuk bersiar-siar dan shopping area Lakae SIde. Semalam kami nampak public bus lalu depan area hotel kami. so, kami berdiri lah tepi jalan dengan harapan bus akan berhenti. Nak naik Taxi mahal beno. Ada la dua-tiga bus yang lalu, tapi semua bukan bus ke Lake side. Ini kawasan yang kami diami selama 4 hari di Pokhara, Dam Side Chowk!!


aku amik gamba, incase sesat, aku tunjuk la sign board ni

akhirnya kami dapat naik bus! Yey tambang hanya 15Rupee untuk seorang. dekat je, 5km dari kawasan hotel kami. Protection untuk naik kenderaan awam, kena la covered macam ni. habuk bersepah!

 dekat nepal ni femes dengan pakaian yang diperbuat daripada wool, yak,macam-macam. And mostly diperbuat totally handmade. SO every item tu ade sentimental value!Aku nak beli 1 bag, tapi 10 kedai aku masuk, dok congak harga.... hurm macam tak berbaloi. so aku decide untuk tidak beli. Nampak je aku ni boros, tapi sangan berkira-kira ye!


Lake side shopping street. macam-macam ada jual. setiap kali kami singgah mesti ade je kami nak beli. tapi bila kira-kira duit mesti kami keluar dengan kesedihan. Aku tidak kaya untuk beli semua benda tau dak. hadoi. padahal currency diorang rendah. tapi bila meniaga mark up macam hareeeem!

Fridge magnet sangat mahal bagi ku untuk negara Nepal. ko bayang kan bila aku convert ke RM sampai RM 14 satu fridge magnet. cekik darah betul kau nak markup. AKu beria-ia menawar. dapat la 1= 200RUpee. kalau tak 250rupee. aku beli dua sahaja. dengan harapan nak survey dekat Kathmandu. SIni macam mahal semacam. aku pikir 2-3x naak beli.

sedang kami seronok bersiar-siar dekat Area Lake Side, hujan turun.... lebat pulak tu. So kami decide untuk masuk satu restaurant. Al-ala bar gitew. so aku decide untuk order coke saje. Nasib ade biskut Oreo, so kami celup jilat sampai habis.

Roti sentiasa kelihatan seksi dimata ku =)

Kami ada buat sedikit research for few halal foods around Pokhara, lucklly kami jumpa "Halal Food Land" Alhamdullilah, akhirnya dapat makan nasi lauk berkuah. hehehehehe kalau tidak, nasi kering atau Meggi saje. Yang tu dumpling, kami order yang goreng and steam. DUA_DUA Sedappppp
Halal Food Land, Pokhara

Sesudah selesai menjamu selera merangkap makan malam. kami teruslah window shopping. Dan masuk kedai uncle di bawah ni. Uncle ni siap print gambar dia bersama Orlando Bloom, Orlando pernah datang singgah di kedai dia beberapa tahun lepas. Kedai uncle ni ade menjual batu permata, perhiasan. Replika tuhan diorang... macam-macam lah. sampai aku terbeli sepasang subang (Amethyst) dan cincin berbatu (Sapphire) harga bwah RM 100 duit Malasyai, dan aku ssangat berpuas hati.
muka kegembiraan dapat jewelries

Hasil tangkapan =P

Sampai tak sedar dah Maghrib, kami shopping. Lupa plak bus pon mesti dah tak ada. Makanya kami decide untuk jalan kaki pulang. ALhamdulillah masan naik bus tadi aku memang merenung ke luar jendela~~ so aku dah hapal sikit jalan. Kami pulang kira-kira 5km perjalanan. Dah macam marathon sudahhhh. Ta rasa penat pon, sebab dah dapat cincin baru hahahaha

Day 6 : Lets back to Kathmandu 

Kami bangun awal macam biasa, Pagi ni kami akan bertolak ke Kathmandu by bus, Tiket berharga 650 Rupee, Bus company yang sama kami datang hari tu. Alhamdulillah, pagi ni kami dapat saksikan permandangan Himalaya depan mata. Wow, so amazing. 2-3 hari kami kat sini, cuaca x berapa nak baik, cuma hari ke 3 tetibe hujan ais, baru la kami dapat tengok himalaya!!! very nice view to see in the morning.
inilah pemandangan dalam calender yang ku cari cari~~~ yezz

Sunrise yang menyenangkan. Tenang rasanya

Kami berjalan kaki selama 12-15  minit ke tempat bus dengan beg 7-9 kg. Tough betui gadis-gadis Malaya ni! Kami ditemani oleh adik Nepal berusia 20 tahun. Kacak budaknya. baik ramah. Masa kami masak dia la dok pantau dan sembang-sembang dengan kami. Mesti la aku lupa nama dia, aku harap Mut ingat nama dia. Please mut leave comment and beritahu aku nama dia. Serious baik budaknya. Dah la kami x bagi tips sebab teman kami sampai station bus.

Selfie sikit dengan kpop versi Nepal =P

Ayuh kita bertolak!! 7 jam lagi
oh sakit bontot mannnn

Yey, kami sampai je Thamel, terus cari hotel, Kami di sapa oleh brather ni, baju belang biru (itu la baju diapakai pada hari Gempa bumi, aku maafkan dia x tukar baju) Ramah orangnya. Kami dapat bilik ni dengan harga 1000 RUpee untuk satu malam. Wifi laju. Tapi dia xkasi guna dapur, lepas kami memujuk nak guna jerang air, dia minta tipss..... so sampai ke sudah kami tak guna dapur diorang, kedekut punya pasal. bye!

Masih ber-Nego dengan facilities hotel ni, apa je kami bleh guna

Raudah dah jatuh hati ke tenung brather lama-lama!?

Selesai check in, kami siap-siap solat, dan terus keluar untuk jalan-jalan. AKu aim nak beli backpack NorthFace dengan harga terbaik. semua kedai aku masuk. End up orang lain yang shopping dekat kedai yang aku nego.


Street yang menarik untuk shopping and usha pelancong lain. kami ada la bertembung dengan few tourist dari Malaysia, sebab kami berselisih diorang sembang dalam bahasa Melayu. memang rare la orang yang paham bahasa korang bila korang travel!!!

dah maghrib... balikk.... balik

cenderahati, sempat la kami beli sikit.
dengan harapa esok nak datang lagi =(
 
aku acah2 tanya harga dengan harapan nak bawak balik buah tangan untuk mak. Survey harga kedai semua berbeza. kene pikir and bandingkan harga baru nak beli. SO aku decide nak beli esok heeheh. x sangka esok tragedi gempa berlaku.. sob..sob..