Tuesday, 7 July 2015

Interview lagi =)

Bulan puasa ni pon masih ade rezeki untuk attend interview. ALhamdullilah, actually aku memang dah give up, sebab before bulan puasa aku amik online test yang Axa Affin bagi (Numeric and English test) soalan memang susah. english dia pon aku baca 2-3 kali masih hambar. aku cuba yang terbaik je la (yang tak tahu tibai je la =). Then Rabu lepas HR diaorang call ckp aku berjaya lepas 1st stage. I was like "BIAR BETUL" puahahahahah SO hari ni aku nak share my experience interview dengan AXA Affin =)

So, dia remind aku agenda untuk that day, kene present product/service. Ok meaning kene buat powerpoint la. Lokasi interview dekat Ampang Hilir (depan embassy Myanmar) Sunday, 8.30am. sudah la hari ahad. Bulan puasa lak tu. sabo je la.

Nasib kawan aku pon dpt IV ni, so aku together-gather dengan dia,Resty pick up aku dekat LRT Ampang Park. Seawal pagi aku tengok ramai la candidates. Total 17 orang. Tapi yang datang 15 Orang sahaja. p/s: ok la kurang pesaing sikit hahah

Masuk2 dia suruh sign attendance and dapat tag nama ni
Boss besar diorang ramai hadir. Cheif2 la ramai. terkejut gak aku. Selalu HR and Manager2 yang nak recruit je hadirkan diri. SO environment sangat bagus. They welcoming us warmly. Siap ada makanan la ( sayangnya kami puasa). Yang no-muslim memang makan 3x la hari tersebut.
meh aku cerita agenda hari tu

1. Cheif2 bagi ucapan
2. intro warm up sikit
3. Group discussion
4. Unexpected Public Speaking (memang x dijangka langsung)
5. individual presentation
6. Interview dengan Cheif2

Kul 4 baru aku dapat turn IV memandangkan namaku start huruf "U" bertahun aku tunggu. AKu suka environment AXA AFFIN, diorang friendly and very open. Mixed races. so kau xkan rasa kerdil. Oh Lupa plak, aku attend interview ni untuk position " Management Trainee ". Axa akan hatar 6month training dengan Bank Negara, 6 Month back to AXA sort of internship and then permanent job. Untung la kalau dapat. So, sekarang aku berdoa je la, kalau ada rezeki x kemana. Kalau x dapat pon aku bersyukur la dapat short listed untuk Interview pon i felt grateful already. 

Dalam mencari rezeki ni, kita kene positive. bukan semua orang bernasib baik 1st interview ko terus dapat kerja, kecuali result ko memang gempak. Ko tak payah sibuk2 cari kerja, orang yang akan cari korang sebab korang hebat sangat! different situation untuk orang yang result average macam aku =_=  Tidak mengapa, rezeki Allah itu luas, cepat dengan lambat je! Kalau x usaha, interview pon xde orang nak pangil! So guys "KEEP On JOB HUNTING"

p/s: Aku baru je lepas jawab call utk attend interview LAGI yey! rezeki jangan ditolak. Kerap betul aku datang KL hahaha onkos dah tak banyak tapi tidak mengapa. =) This time company CTOS. tau x company apa? kolo korang penah kerja bank mesti tau CTOS ni buat apa. ok la bye nak prepare next interview plak heheheh dokan aku dapat kerja ye!

No comments: