Showing posts with label interview. Show all posts
Showing posts with label interview. Show all posts

Tuesday, 7 July 2015

Interview lagi =)

Bulan puasa ni pon masih ade rezeki untuk attend interview. ALhamdullilah, actually aku memang dah give up, sebab before bulan puasa aku amik online test yang Axa Affin bagi (Numeric and English test) soalan memang susah. english dia pon aku baca 2-3 kali masih hambar. aku cuba yang terbaik je la (yang tak tahu tibai je la =). Then Rabu lepas HR diaorang call ckp aku berjaya lepas 1st stage. I was like "BIAR BETUL" puahahahahah SO hari ni aku nak share my experience interview dengan AXA Affin =)

So, dia remind aku agenda untuk that day, kene present product/service. Ok meaning kene buat powerpoint la. Lokasi interview dekat Ampang Hilir (depan embassy Myanmar) Sunday, 8.30am. sudah la hari ahad. Bulan puasa lak tu. sabo je la.

Nasib kawan aku pon dpt IV ni, so aku together-gather dengan dia,Resty pick up aku dekat LRT Ampang Park. Seawal pagi aku tengok ramai la candidates. Total 17 orang. Tapi yang datang 15 Orang sahaja. p/s: ok la kurang pesaing sikit hahah

Masuk2 dia suruh sign attendance and dapat tag nama ni
Boss besar diorang ramai hadir. Cheif2 la ramai. terkejut gak aku. Selalu HR and Manager2 yang nak recruit je hadirkan diri. SO environment sangat bagus. They welcoming us warmly. Siap ada makanan la ( sayangnya kami puasa). Yang no-muslim memang makan 3x la hari tersebut.
meh aku cerita agenda hari tu

1. Cheif2 bagi ucapan
2. intro warm up sikit
3. Group discussion
4. Unexpected Public Speaking (memang x dijangka langsung)
5. individual presentation
6. Interview dengan Cheif2

Kul 4 baru aku dapat turn IV memandangkan namaku start huruf "U" bertahun aku tunggu. AKu suka environment AXA AFFIN, diorang friendly and very open. Mixed races. so kau xkan rasa kerdil. Oh Lupa plak, aku attend interview ni untuk position " Management Trainee ". Axa akan hatar 6month training dengan Bank Negara, 6 Month back to AXA sort of internship and then permanent job. Untung la kalau dapat. So, sekarang aku berdoa je la, kalau ada rezeki x kemana. Kalau x dapat pon aku bersyukur la dapat short listed untuk Interview pon i felt grateful already. 

Dalam mencari rezeki ni, kita kene positive. bukan semua orang bernasib baik 1st interview ko terus dapat kerja, kecuali result ko memang gempak. Ko tak payah sibuk2 cari kerja, orang yang akan cari korang sebab korang hebat sangat! different situation untuk orang yang result average macam aku =_=  Tidak mengapa, rezeki Allah itu luas, cepat dengan lambat je! Kalau x usaha, interview pon xde orang nak pangil! So guys "KEEP On JOB HUNTING"

p/s: Aku baru je lepas jawab call utk attend interview LAGI yey! rezeki jangan ditolak. Kerap betul aku datang KL hahaha onkos dah tak banyak tapi tidak mengapa. =) This time company CTOS. tau x company apa? kolo korang penah kerja bank mesti tau CTOS ni buat apa. ok la bye nak prepare next interview plak heheheh dokan aku dapat kerja ye!

Saturday, 13 June 2015

Interview Yayasan Peneraju

Hai,
masih mencari kerja?
haruslah.

so ahaad lepas aku attend interview " Yayasan Peneraju" PPA
program ni lagi best, diorang taja korang untuk study (part time) ACCA, at the same time attached dengan Big 5 Audit firm. hurmmm memang dream come true la kolo dapat. SO for non-accaunting student cam aku ni tough sikit la flow nya. so masa aku di interview dia dah tanya aku willing x sacrifice weekend utk attend kelas. weekdays kerja keras. memang x de life la kolo ko dapat program ni. Tapi kalau peluang untuk amik ACCA free siap xnak! cume ada 20% of the fees kita kene tanggung. aku x ingat apa dia. once kau di terima ada la agreeement yang kene sign  kalau ko x perform/ or benti separuh jalan, ko kene bayar balik all the expenses yang dia dah bayar dekat Sunway U. Komitment tu yang paling penting, thats why masa interview dia tanya " ada rancang nak kawin ke dalam masa terdekat?" previous candidates ade yang benti sebab mengandung/ bersalin. dah kawin susah la. sebab program ni 4 tahun tau!

So interview, macam biasa it takes 20 minutes face to face IV dengan pegawai Yayasan and Pegawai Sunway TES, Then dia bagi penerangan tentang program! ramai yang datang. aku sesi 1, and ade sesi ke 2 sebelah petang. Paling lawak aku boleh jumpa si Acap, kawan sekolah menegah aku kahkahkahhhahah. tak sangka gila. Acap mesti leh dapat nye, sebab dia meme amik accounting dekat UITM.

aku harap aku ada rezeki la untuk kerja ni!

Wednesday, 12 March 2014

Pengalaman Mencari Kerja

Assalamualaikum,
dah lama rasanya tak update blog (ayat typical aku) heheheh! tapi kali ni serious aku rasa lama gila. Memandangkan aku bz gila time kerja, bz pergi interview, bz pergi jobfair, bz air tak ada! aku pon naik heran, kata dekat Selangor je... rupa-rupanya KL pon kene jugak! Adui. Perit doh tak ada air! semalam b4 balik rumah aku shower siap-siap kat toilet office! bikin malu je heheh! tapi apa aku peduli, daripada aku hidup dalam keadaan tak selesa tak mandi! lagi teruk!!!!!

Masuk je bulan March ni memang aku banyak gila dapat panggilan interview. Alhamdullilah rezeki. walaupun bila kita pegi semua interview tu tak dapat, think positive! always be positive! Maybe bukan rezeki. insyaallah ade rezeki yang lebih baik menunggu kita. Mula-mula aku pon regret jugak! asal aku buat cam ni. it was like i kept blaming myself. Haruslah, kalau ko tak prepare memang hancus la! memang kena salahkan diri sendiri la.

semalam adalah interview aku yang ke empat! perghhh aku rasa macam dah banyak gila. tapi kawan aku siap sampai interview yang ke -11! hah! kau hado? Makin lama makin syok plak pegi interview! memang seriously pengalaman berharga lah orang cakap. setiap interview berbeza. ke empat2. kalau korang tanya orang "wei ko interview macam mana?" "apa diorang tanya?" seriously it was not the same as you thought it would be. Before pergi interview aku memang kelakar gila lah kan, aku siap google apa yang soklan2 femes yang sering di tanay! memang berlambak! memang bagus la buat preparation cam gini, at least korang takde la lost sangat.!

First Interview     : Unilever
jawatan             : Admin Assitant 
Status             : Berjaya =)

3months contract. Ganti orang cuti bersalin. aku dapat kerja ni! I'm currently working. now it was my 2nd month working. SO sambil2 aku kerja aku keep on looking for job, Buat masa sekarang dalam unilever memang xde nak pakai fresh graduates. so, memang kalau ada job fair memang aku tak lepaskan peluang lah! memang aku pegi!! Interview dengan Unilever santai! di just nak tahu aku buleh buat kerja or tak! sebab kerja Admin ni memang banyak mengadap PC data entry banyak sangat! memang hari2 ada data nak kena masuk.

2nd Interview     : FStep
Status            : tidak berjaya
Fstep? tak kan tak tahu? aku pon baru2 je tahu hahaha. proram training satu tahun. lepas tu korang terus akan diserap oleh bank2 yang berminat dengan korang. Aku dapat untuk AXA Affin Life Insurance. Bila baca forum group pasal FStep ni memang seram la. Macam2 diorang share experience diorg. SO bila dah merasa sendiri baru tahu lah! Interview aku dalam 30 minit. tapi first of all kena buat English Proficiency test. kena dapat more 28/40 baru lulus untuk interview.  memang aku tau ade test grammar ni, memang aku prepare la sehabis baik. jawab semua online english test! macam siot je! punyalah aku excited. dia ada 3stage.
 1st stage: English profiency test
2nd stage : Ade la tambah berapa soalan lagi ( aku skip stage ni sebab aku 1st stage kalau  dapat more than 33/40 terus gi stage 3
3rd stage : essay writing
then... baru lah interview
interview dia santai je, aku kena 2 org interviewer, mcm kwn2 baru yang aku kenai kat situ dapat offfer utk bank rakyat so, dia kena 3interviewer. so lain2 la tak sama.  Interview takde la tension sangat. siap gelak2, tapi aku rasa aku ada salah jawab. dia tanya aku minat bahagian apa. aku just ckp aku tak kesah dapat mana2 bahagian. maybe dia tak nampak yang aku ni mcm tak specific kan minat aku tang mana. so.... bye!

3rd Interview     : Hewlett Packard HP
Position            : Financial Analyst 
Status           : Tak berjaya jugakkkk =_=

Interview dekat Cyberjaya. Jauh nuuunnnnn. nasib la kawan aku tolong bwk. aku just top up minyak je. Nasib ada kawan. Interviewer aku nama V apa entah lupa. memang orang India dari Mumbai nun! time interview siap tanya aku SPM apa? penat aku ckp Sijil pelajaran Malaysia. Lupa plak mana dia paham hahahahahah. Aku prepare kemain background Company! haremmmm dia nak tanya. tapi paling SYok nya dia tanya aku pasai balance sheet, income statement. krikkk krikkk...... aku lupa derrrr item2. aku ingat Asset, revenue EBIT yang penting2 je. nampak bebeno aku lupa. kureng asam betui. bikin malu budak finance je. aku siap prepare formula PVIF semua dia tak tanya pon. siap tanya inventory management, aku tau la LIFO FIFO tapi aku ingat nama je la hahahaha. aku dh lupa kenapa aku belajar benda tu. SO jawatan ni penting dia cakap. memang kene buat kerja teruk dia cakap. memang kena buat analysis bagai. so macam aku yang ingat2 lupa ni, memang tak memberansangkan la bagi dia. So, aku sendiri admit depan dia yang aku memang tak prepare sangat. apa yang aku sebut tu dah cukup bertuah la aku ingat hahahah. Dia cakap aku bagus ( cewahhhh) but u not prepare *slang india
ok Fine! pengajaran untuk diri sendiri

4th interview         : Ernst & Young
Position               : Tax : Human Capita
Status                : tak tahu lagi ( interview baru je semalam )

Lagi la big company!!! Kalau bebudak account mesti tau BIG4 company apa kan? so EY is one of them. SO aku bangga la dapat gi interview walaupun aku tak tahu apa status aku. Aku apply online. bukan deposit resume dekat JobFair. So dia call aku on Monday pukul 10. i had a phone interview. so one of the question dia tanya " BI dapat berapa time SPM?" Krikk krikkk..... so aku jawab la. aku dapat 3B (ok ar tu jangan la kutuk aku, aku tau ckp english biase biase je) ahahha. aku tak expect pon dia akan call aku petang tu dalam pukul 4, yang aku kene datang interview face to face! aku macam whatttt?? yey. seronok saje tahu. takut jangan cerita la! aku prepare la petang tu. baca sikit2 apa2 pasai company. job scope Human capital yang aku tak tahu sangat tu. SO interview keesokan harinya. Dekat Menara Millennium Damansara. Sampai je dia suruh isi form detail dan sekali lagi kena buat karangan. korang pilih la kena buat tajuk apa. Aku pilih tajuk Tax. cewahhhh itu je aku boleh pikir buat masa tu. 150words. hantam je lah. so then baru la masuk bilik interview. Ini la first time interview sampai 1 jam. keras bontot menyembang! kawan aku bagi tips, kalau dengan EY dia memang nak tengok cara kita bersembang. dia nak tengok how fluence ur english. english aku, english kampung je... sembang sajalahhhh 1 jam introduce diri, cerita pengalaman praktikal, time universiti buat apa. diorang nak hire org yang aktif bersukan jugak sebab diorang nanti selalu buat tournament dengan BIG4 lain. so aku cakap la aku aktif bagai... athletics habis la kononnya aku ni. dia tengok aku montel. krikk...krik.. Paling jahat, interviewer tu cakap dengan nada lucu "Tak cantiknya result SPM awak!!" aku macam dalam hati (gila jahattttt. sampai hati) memandangkan aku ada 2 7D hahah aku tak marah pon dia cakap cam gitew dapat atau tak dapat tak tahu lagi. marilah doakan aku dapat. boleh leee

So far, aku enjoy semua interview. aku rasa 1st interview aku paling teruk sekali hahah. yang lain ok je la! tak bagus tapi boleh la. hahah (komen diri sendiri). Walaupun aku tak dapat, aku tak menyesal, at leat aku cuba untuk hadirkan diri untuk sesi temuduga. dapat or not itu belakang cerita. kalau ade rezeki...dapatlah. Kalau tak dapat, adalah tu rezeki lain yang Allah dah tetapkan. kita perlu berusaha je sekarang ni. Kalau korang tak berusaha nak hantar resume kat mana-mana, memang company mana-mana pon tak tahu korang ni wujud dan perlukan kerja. kan?
Sharing is caring. Tak de niat nak menunjuk pon. Tapi nak menunjuk apanya? aku bukan nya dapat kerja pon, hahah just attend interview sahaja! Pergi interview takde la teruk. cuma kita yang selalu buat teruk hahahah
selamat membaca.
aku syak memang banyak gila typo kat karangan aku bahasa rojak ni. harap2 korang buat2 tak nampak la. memang aku bukan jenis check balik memang aku publish terus hehehe

Job Sentral Career fair
KL Convention Centre

banyak company yang participate. Tempat pon Luas sangat Selesa. paling seronok dapat banyak coupon makannan macam McDonald, Wendy, Pizza john apa entah... banyak la. so sangat seronok. sambil2 cari kerja banyak benda2 sampingan!

paling best and kelakar jugak, aku banyak bertembung dengan kawan2 aku dari sekolah rendah sampai la tempat aku praktikal hari tu. kelakar weih. sempat la lepas rindu gitewww hahaha
 Aku sampai je KLCC, keluar2 je dari LRT nampak SI Ika ni. aku pon sergah dia, ajak dia jalan sama2 dengan aku smpi KL Convec sementara tunggu FIM, aku memang dah janji awal2 nak jejalan dengan Fim. Fim pon angkut kawan dia 2 orang. so aku pon berkawan je. tak de hal. Jumpa la dengan NIK, diorang ni satu UiTM KB dengan aku, tapi takpernah nak berkawan dekat uitm. kawan time intern kat petronas. heheh lucu lucu.

 nampak tak betapa gembiranya dapat banyak beg?
ter paling seronok ade photobooth =)

 Paling tak kelakar jumpa Wan afiq hahah kawan DIploma
hahahahah!!
JobStreet
Mid Valley Exhibition Center

Aku gi dengan Pika, dia ade bwk geng and boipren dia! aku tak de hal! dengan siap2 pon aku boleh berkawan. Dapat la kawan baru lagi hahaha. Nak masuk kene daftar. que panjang gila. nasib ade dah daftar online siap2. Orang ramai gila. memang aku datang time peekhour. orang ramai betui. berasak2. so tak best sangat actually. aku lagi gembira dekat Job sentral tu.


bukti gamba penting okay!!!

Kepada kawan2 seperjuangan : Selamat mencari kerja! di dunia dan zaman yang semakin mencabar ni, marilah kita sama2 berusaha untuk mencari kerja yang baik, gaji yang masyuk... dan paling penting kerja yang kita buat tu memang kita Minat... dan yang paling mustahak : kerja kerana Allah, insyaallah akan diberkati dunia akhirat

 *Insaf kejap

bye =P