Nak bercuti dan berjimat dalam masa yang sama? boleh la kot ikut itinerary aku ni. Tak de la best mana tapi boleh la korang selit-selitkan dalam aktivito korang buat penambahan dan pembaikan gitew. Macam biasa, kalau aku gi overseas trip aku akan beli tiket
awal setahu dari tarikh nak pegi. Maka anda akan dapat harga tiket yang
memuaskan. Plan asal nak ke Korea kali ni Mut (BFF masa intern kat Petronas)
dia tetibe dah cakap dia dah beli tiket bulan Feb 2017 nak ke Korea dgn kawan
dia sorang. Aku pon jenis mudah je join and aku memang x ada masalah kalau nak
berjalan dengan siapa-siapa pon. So jadilah kami ber3. Kiranya Mut dengan kawan
dia ni dah beli tiket awal 1bulan dari aku kalau x silap. So harga return tiket
diorang dlm RM 5++. So sangat MURAH. Tiket aku dapat RM 604. Still murah tu! So
mari mulakan penceritaan:
Nak jadikan cerita dalam 2-3Hari before nak ke Korea, kawan2
aku sibuk countdown bape hari tingal nak ke sana. Aku makin pelik sebab aku
kira lagi 2 Hari, tapi kawan aku duk wasap cakap lagi 1 hari. Rupa-rupanya aku
salah check iti air asia, aku ingatkan Jumaat malam 4Feb, 3Feb rupa-rupanya.
Maka aku terpaksa nego dengan Manager aku untuk tambah cuti hari Jumaat. Adoi!!
Wat malu je.
Gyeongju
3 February 2017
Kebetulan aku akan bertembung dengan Wawa bestfriend aku
masa belajar kat UiTM =). Dia kalau x nak gi January 2017, tapi dia tukar
flight tiket semua sebab nak tengok Got7 (untung la~~) Maka aku gerak ke TBS
dari rumah and park moto aku kat TBS. Macam mana ak naik Moto? Aku pon malu nak
cerita aku syak orang naik kereta snap gambar aku untuk diviralkan hahahah beg
depan blakang, tripod tergantung…. Lantaklah korang nak cakap apa! So, tiket
dari TBS ke KLIA RM 11 (dulu RM 10 pffttt..), Aku dengan Wawa sampai KLIA dalam
kul 9.30PM macam tu. Sempat berkelah makan kenyang2 dulu baru check-in luggage.
AKu tunggu Mut dengan Cieda sampai kul 10.30PM baru diorang sampai, Wawa dengan
Kak Zu gerak dulu sebab diorang flight ke Seoul~~ bye bye. Maka kami berpisah
dan berjanji untuk berjumpa di Seoul (janji tinggal janji…)
muka x berbedak dengan harapan muka akan flawless di Korea kelak~
Sedikit penceritaan pasal Gyeongju ni dikenali sebangai “Museum without walls”. Menarik dah di situ. Gyeongju dah tersenarai salah satu Tapak Warisan Dunia milik Korea Selatan yang dimasukkan oleh UNESCO pada tahun 2000. Wilayah ni sangat dilindungi sebab daerah-daerah ni memiliki peninggalan-peninggalan kuil dan istana, pagoda dan arca-arca serta artifak budaya yang berasal dari kerajaan Silla. So, kalau korang dah tengok drama Hwarang boleh relate la dengan kerajaan Silla.
Kami habiskan masa merau dekat pecan Gyeongju ni jalan kaki je. Nampak tempat menarik kami berhenti amik gambar sementara nak tunggu jam 4.00PM nak check in motel. Cuaca sangat cerah. Matahari pon memancar panas tapi sejuk. Hidong pon berair je. Badan macam x stabil lagi nak sesuaikan diri dengan suhu tempat baru kan. Temperature time tu 1-3 decree Celsius. Konsepp suhu peti ais rumah.
Gondol berbukit2 belakang tu Kubur ye rakan2.
Kami ada buat cobaan nak panjat bukit ini, tetibe dengar bunyi orang tiup wisel. hambek ko. kena marah, nasib uncle x saman ahhahaha fuhh slemat. kami pelancong mana nak tau dak? SO, jangan buat perangai ye kawan2.
Gigih menggunakan GoPro yang sangat membantu korang nak posing tanpa suruh orang lain tolong ambil kan group photo korang
and... selfie is a must in group photo kan? hheheh
seriously kami habiskan masa kat kubur ni bape jam entah amik gambo. nasib xde siapa kene sampuk ke apa. mana tau terkenan kubur2 maharaja, gundik2 ke? ye dak? hahahaha
Korean street memang shock untuk window shopping, harga dia bila convert RM pon macam still masuk akal!
Lepas check in Motel, mandi2 solat makan…. Kami pon bersiap2 untuk merayau waktu malam pulak. Dekat korea ni malamnya cepat. Bukan cam Malaysia. Jam 6.00PM orang dh ke Mesjid dah nak solat Maghrib gituuu.
Ini Rupa Motel yang kami check in. Selesa and owner sangat berusaha keras untuk speaking.
Besor bilik kam. siap ada bathtub okeee
So aktiviti malam kami ke Anapji Pond. View sangat cantik. tapi dalam gambar x memberangsangkan. so kalau nak amik gamba lawa2, better gi waktu siang! Tiket masuk KW 2,000. Nak ke Anapji Pon kami jalan kaki dalam 30Minit (lama bro...) tapi balik dh dalam kul 10.30PM maka kami naik bus. tak mahal mana pon.
Cheomseongdae Observatory ( astronomical
observatory )
Disebabkan tak cukup masa, hanya 1 malam di Gyeongju ade few places yang kami rancang nak pegi tak berjaya nak laksanakan sob.. sob... apakan daya~
- Bulguksa Temple
- Gyerim Forest
- Cheonmachong Tomb
nantikan sambungan. susah nak dapat mood untuk re-call balik. nasib ada wat note kat iphone and harga2 tiket semua. fuhhhh takut juga nak tengok jumlah perbelanjaan. Sofar dekat gyeonju kami x membazir beli apa2 pon, just beli kudap kudapan. makanan pon still ade roti and tuna. So cukup untuk alas perut untuk 1 hari. Senang jalan dengan gadis berdua ni. Makan diorang boleh bersabar.
No comments:
Post a Comment