Dah masuk tahun baru, hari ni baru ade mood nak start mengarang. Tapi x berapa nak lengkap. Sebab aku catat perjalanan tu dalam satu buku khas, and buku tu tertingal kat ofis, nanti aku just edit la kalau ade ter-missed any item. so jom terus membaca, trip to Bali Lombok Flores atau Labuan Bajo.
10 September 2018
KLIA - Bali Airport
Air Asia - RM99
Muka excited dah lama x naik flight, jam 1935 boarding time! (btw, tahun kan gambo tu aku baru je belajar tukar, so maafkan la 1998 hahahah)
So sampai kat Airport Bali, kami tido kat tepian corner yang kosong (sadis) makan kenyang2 then the next morning kami amik grab from Airport to Jetty (nanti aku check semula) Rp. 247, tambang feri Rp. 46 sorang.
Option lain korang boleh naik flight, harga tiket x mahal sangat just korang beli awal insyaallah boleh dapat great deal. aku pon banyak masa terluang, so its ok for me to amik option naik feri, dalam 3-4 jam saja naik feri from Bali to Lombok,
11 September 2018
Bali Airport - Feri - Lombok
Jam 7.30AM kami berjaya amik feri paling awal. seterusnya.... kau ada 4 jam aktiviti korang boleh buat atas Feri ni. ambil gamba wajib ok, thanks to Mr.Joe (nama tripod aku lol) berlari2 aku tekan timer phone.
Feri dia pon unik, ade konsep katil (tiada alas) and ade area kerusi. tapi kami amik area ni sebab x pack dengan manusia. Bau rokok paling aku x boleh tahan. sudah terang2 tulis NO SMOKING kau menyembur je kat keliling tanpa hiraukan orang kiri kanan!
ini la rupa jeti ni, kau akan berasak dengan lori-lori besar mengangkut barang, kereta2 and moto2 yang travel along dengan feri ni.... so sampai je kat jeti ni, ko boleh amik teksi pegi pekan. kami pilih nak pegi Mataram cari hotel kat situ. Malangnya kami x beli sim card pon time ni. lupa! ingat senang exces wifi semua....
Time ni, Lombok masih lagi dalam tempoh gempa bumi. Dalam sebulan ni memang ade je gegaran almost everyday. Kami minta tolong kakak tudung turquoise ni dia open tetering kat HP dia, dpt la kami contact driver yg kami dh deal dari Malaysia siap2. Tapi aku sarankan korang naik je teksi. Harga lebih kurang. jangan pening2 susahkan diri.
Kami bermalam di Hotel Mataram, Rp. 300
Bilik sangat selesa untuk 2 orang.
Untuk dinner kami meraya jalan kaki je area pekan Mataram ni, dapat makan Ikan Bakar Taliwang. sedap dan pedas!! lagi.. kami order Ayam Taliwang, Ikan Bakar Taliwang, plecing kangkung satu lagi menu teruk masak sambal kot, pedas dia.. wow
lauk banyak sangat sampai pening sis, beg pon lupa nak tanggalkan
12 September 2018
Sailing trip begin
actually, plan asal kami nak naik Gunung Rinjani. disebabkan gempa bumi, Gunung pon diorang tutup x bagi orang masuk, maka Plan B kami sailing from Lombok ke Flores
Mut buat research dan kami memilih untuk sailing dengan Wanuaadventure . kalau korang rajin masa meronda2 kat pekan Mataram tu, banyak je option lain korang boleh amik untuk Sailing.
satu lagi tips, ade certain teleco je yang dpt line kat atas boat tu. Kami beli teleco yang x dapat internet langsung. sedih betul. kami memang xde masa la wasap or main social media yang lain. totally enjoy kehidupan hambar dalam kapal kecil ni. nanti aku check balik apa teleco yang kami beli... so korang jangan amik teleco tersebut **
Kos sailing...Harga?
memang x murah! Mahal.
memang x murah! Mahal.
tapi harga ni include makanan semua untuk 4 hari 3 malam (12-15 September 2018)
ada harga cabin and non cabin..
non cabin ni korang tidur beramai-rami kat deck atas dengan alas tilam. siapa yang pandai bawa diri travel solo, sesuai la amik deck ni. boleh berkawan...
harga korang tengok kat gambar kat bawah ni... aktiviti apa diorang sediakan pon ada tertera juga......
tengok la perjalanan dia jauh gila. berapa kali benti. so check poin yang berhenti tu makna kata dia benti tido tengah2 laut. so kolo korang jenis tak mahu amik risiko... tak payah la amik konsep bercuti atas kapal lanun kecil ni.
ini dia kapal comel nya! tempat tido deck kat atas tu yang ade lelaki berdiri nun, tingkat atas (bukan x berbumbung pula) belakang captain punya cabin or orang pangil cockpit ? harap kalian paham apa yang cuba ku sampaikan.
ini la anta yang berlayar bersama aku and Mut untuk 4 hari. Semua Matsaleh, hanya 2 orang je Asian.. aku dan Mut..... masih hahahaha
ini la keadaan cabin yng kecil dan panas disiang hari, malam jua panas.. hahah sebabnya sebelah bilik kami ada engine boat, sangat lah bising.
bantal, tilam gebu, selimut semua lengkap. so, selesa tak de la aku nak complain, (muka sis ni la sempat lukis kening, lepas ni terus kening pon x dak... kehidupan lanun bermula....
setiap hari memang berebut makan dengan mat saleh semua ni. berselera je diorang ni jenis x memilih, semua benda dia sapu makan
aku plak yang rasa mcm picky part makan kat sana. sebabnya satu aku mabuk laut teruk untuk 2 hari berturut2. Asal aku makan je, 5 minit lepas tu aku muntah sebab pening teruk.
Hentian pertama kami, Kenawa Island.
cantik sangat, ikut nasib korang la dapat time dia tengah rumput kering or menghijau. Kami dapat view rumput kering yang sangat hipstur!!! rasa macam musim luruh je kering semacam gini. So kami lepak sini sampai maghrib untuk view sunset. Tersangatlah cantik and aku masih boleh imagine betapa kuatnya angin petang tu....
Top view nampak betapa luasnya laut ciptaan Allah!
Angin kuat sangat, sampai ko tak terkawal segala benda
Hipstur terus rasa diri ini
Time maghrib memang view paling cantik! aku boleh buang masa hadap view macam ni everyday! aku sanggup K la tunggu nak amik mood Part 2